Thursday, December 9, 2010

Ingin Hafal Al-Quran - Tips oleh Imam An-Nawawi


1. mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah

2. menggunakan naskhah al Quran 
yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan(semakan bacaan)..ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat(kedudukan) ayat yang dihafaz. temoat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.

3. gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, sruktur, dan susunan ayat nye diatur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan diingati.

4. ayat atau surah yang hendak dihafal hendaklah dilancakan bacaanya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul..sebagai contoh nak hafal surah ali-imran...mulakan dari page yang first bg surah tersebut. lancarkan first page tu dulu.

5.bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul2 lancar.pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul2 lancar kerana ni akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anada bercelaru..

6. mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan ikut step. hafaz dahulu ayat yang first sehingga hafaz(baca ayat first berulang-ulang sebagai 1 cara menghafaz yg baik). then, barulah berpindah ke ayat yang kedua.. dah hafaz ayat ke 2 , ulang balik dari ayat yang first.then baru masuk ayat yg seterusya..

7. pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannye untuk anda tasmi' ( memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.

8. amalkan membaca ayat2 yang telah anda hafaz dalam solat2 yang anda lakukan. banyakkan solat sunat gak sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat2 yang telah dihafaz.. ini bertujuan membiasakan ayat2 yang telah dihafaz ke dalam amalan harian anda.

9. amalkan membaca ayat2 Quran yang telah anda hafaz di mana2 sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati or mulut. contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika nak tidur, dan lain2 yang difikirkan baik.. ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati ayat2 hafazan tersebut.

10. amalkan memakan manisan seperti kurma or madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan..

11. jauhi amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.

12. tanamkan semngat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat2 tahi ayam. cuba hafaz sebanyak mungkin ayat... InsyaALLAH sehingga hafiz... walaupun memakan masa yang lama.

13. banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya dipermudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.

14. pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. sebagai contoh, waktu2 selepas solat fardhu. utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH or AFTER SUBUH kerana waktu ni tenang dan damai. pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.

15. tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. biar sedikit2, asalkan istiqamah dan berkesan...

ALLAHU'ALAM...
" Sesungguhnya al Quran itu mudah untuk dipelajari"
( al-Qamar: 17,22,32,40)

TIPS asal oleh IMAM NAWAWI
selamat mencuba

Tuesday, December 7, 2010

cukuplah Allah bagiku


7.12.10


Dia seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di Amerika Syarikat. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang mulia.

Pada suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati.

Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


Ya Allah bantulah hambaMu ini untuk istiqomah membaca ayat kursi....terima kasih Ya Allah kerana anugerahi aku ketajaman fikiran untuk menghafal ayat kursi ini.... Alhamdulillah

Monday, December 6, 2010

KEM REMAJA UNGGUL 2010 (KRISTAL’10)

KEM REMAJA UNGGUL 2010 (KRISTAL’10)

Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang (PERMAI) akan menganjurkan Kem Remaja Unggul 2010 (KRISTAL’10), bertemakan “Steps to Brighter Future/Langkah Menuju Masa Depan Yang Lebih Cerah“. Program ini merupakan program motivasi  yang diadakan khusus untuk para pelajar lepasan SPM/STAM/STPM.  Secara keseluruhan fokus program ini kepada memperkenalkan peserta kepada dunia kampus dan sebagai persediaan mereka sebelum melangkah ke gerbang universiti. Program ini juga bertujuan membantu peserta mengenal pasti dan memilih kursus dan universiti yang sesuai dengan kehendak mereka. Hasil daripada program ini, kami berharap agar para peserta dapat membuat persediaan yang lebih rapi dan membuat pilihan yang tepat dalam memilih kursus mereka di universiti nanti.
Berikut adalah maklumat terkini program:
Tarikh: 31 Dis 2010- 2 Jan 2011
Tempat: Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh, Pahang
Sasaran: Pelajar lepasan SMA/SPM/STAM/STPM/ASASI
Had Penyertaan: 120 orang sahaja
Yuran:  RM 30 bagi 30 Penyertaan Awal dan RM 50 bagi selebihnya

Salam Maal Hijrah 1432 H


Kerana anda salah 1 orang yang saya sayang dengan niat baik bismillahirrohmanirahim : Ya Allah, wanita yang membaca ini adalah wanita solehah yang cantik,kuat,sabar,sayangilah dia serta kasihanilah dia. tolong bantu tingkatkan kehidupannya,mudahkan rezekinya,sihatkan badannya.jika dia melangkah, selamatkanlah dia,mudahkan langkahny. Amin...Salam Maal Hijrah...

salam mujahadah

"Ya Allah,aku bermunajat padaMu memohon segala pertolongan Mu,jauhilah aku dari segala FITNAH INSANI!!!,aku tak mampu lalui dugaan Mu ini bersendirian,aku menyerahkan segalanya pada Mu ya Allah...Ya Allah,aku takut padaMu,murkaMu,kekuasaanMu itu...bantulah aku ini"